RUANG EKSPLORASI DAN IMAGINASI
Bahagian kanak-kanak Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam yang terletak di di sayap kanan tingkat bawah dan ia dikhaskan untuk pengguna kanak-kanak berusia di bawah 10 tahun.
Selain pilihan luas buku kanak-kanak yang boleh dipinjam, terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di pelbagai sudut menarik seperti Reading Tree, Zon Kreatif, Zon Interaktif dan Zon Siber.
Reading Tree – ruang berkonsep taman dalam perpustakaan untuk kanak-kanak membaca dalam suasana yang santai. Sebatang replika pokok besar dibina untuk menggamit kanak-kanak berehat dan membaca di bawahnya—tanpa mengira apa jua cuaca di luar sana, dengan dikelilingi bahan bacaan di rak buku yang berwarna-warni.
JOM MAIN LEGO @PPAS
Perkhidmatan ini terbuka untuk kanak-kanak berumur dari 4 tahun-10 tahun mengikut kategori kelas LEGO dan syarat-syarat tertentu. Pengunjung cilik kini boleh mendapatkan perkhidmatan ini di Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam dan perpustakaan Rebranding PPAS di seluruh Selangor (akan datang!)
- NAK MAIN LEGO?
- KATEGORI KELAS LEGO
- KELAS LEGO
Ikut langkah-langkah dibawah:
- 1. Pastikan anak anda adalah ahli Pustaka Raja Tun Uda
- 2. Bawa anak anda membaca 3 buah buku dan isi borang nilam (Read, Write & Play)
- 3. Dapatkan Tag LEGO sebelum masuk
- 4. Mari bermain LEGO
- 5. Jika anak anda ingin bermain lagi, sila ulang langkah 2-4
A | . Percuma . 4 – 10 Tahun |
Jadual terkini akan dimaklumkan kemudian.

KOLEKSI PERMAINAN DALAMAN
Mahu bermain dam dan catur? Tidak perlu untuk membeli, kerana anda boleh menggunakan permainan dalaman yang disediakan secara percuma.

PENTAS AKTIVITI
Anda sangat kreatif! Gunakan imaginasi anda dengan bercerita, berpidato, menyanyi dan menari di pentas ini.

READING TREE
Sebatang replika pokok besar dibina untuk menggamit kanak-kanak berehat dan membaca di bawahnya.

ZON SIBER
Dunia luar sentiasa mengujakan. Terokai internet dengan bijak di zon siber. Hanya RM1.00 sejam sahaja.

BILIK AKTIVITI
Berehat seketika. Tempat ibadah turut disediakan untuk keselesaan anda.

BILIK PENYUSUAN
Ruang menyusu bagi ibu dan anak. Privasi dan keselamatan anda sentiasa menjadi keutamaan kami.

BILIK MEMBACA
Ruangan ini merupakan bacaan zon senyap selain sebagai ruang menjalankan aktiviti seperti Lego dan permainan dalaman dengan pemantauan kakitangan.
PS5
- Penggunaan hanya dibuka ketika cuti sekolah
- RM5 setiap 30 minit
- 2 alat kawalan jauh
- VR
- Pelbagai jenis permainan video
- BAHASA MELAYU
- BAHASA INGGERIS
FIKSYEN
BUKAN FIKSYEN