Pinjaman Desktop/Laptop (SEPINTAS) – RASMi

  • Home
  • Pinjaman Desktop/Laptop (SEPINTAS) – RASMi

Pengenalan

Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui PPAS dengan menyediakan perkhidmatan PINJAMAN desktop dan laptop secara PERCUMA kepada warga Selangor terutama kepada mereka yang amat memerlukan (keutamaan diberikan kepada golongan B40) di perpustakaan-perpustakaan terpilih di bawah kelolaan PPAS. Proses dan konsep pinjaman adalah sama dengan proses pinjaman buku, namun tempoh pinjaman adalah lebih lama iaitu maksimum 180 hari. 

Perkhidmatan ini disediakan bagi menyediakan keperluan terhadap desktop dan laptop semakin tinggi disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang berubah sejak pandemik melanda. 

Desktop dan laptop yang dipinjamkan dilengkapi dengan pembesar suara, WIFI, webcam, perisian Microsoft Office dan semua peralatan yang diperlukan untuk pembelajaran secara online. Selain pembelajaran peranti-peranti ini juga boleh digunakan oleh seisi keluarga bagi tujuan menjana pendapatan secara online.

Program pinjaman Desktop dan Laptop ini dilaksanakan di 50 buah Perpustakaan Awam Selangor dan setiap perpustakaan mempunyai 10 desktop dan 10 laptop untuk dipinjamkan kepada masyarakat dan sedang dilaksanakan mengikut fasa. Rujuk senarai 50 perpustakaan yang terlibat di bawah ini.

Syarat Permohonan

Syarat Pinjaman

Sila isi borang Pendaftaran di pautan ini Borang Pendaftaran Permohonan Pinjaman Desktop/Laptop.

Senarai 50 Perpustakaan Yang Terlibat

BilNama PerpustakaanDaerah
1Pustaka Raja Tun Uda, Shah AlamPETALING
2Perpustakaan Awam Selangor @PJKita Community LibraryPETALING
3Perpustakaan Awam Selangor Desa KuangPETALING
4Perpustakaan Awam Sri Manja, Petaling JayaPETALING
5Perpustakaan Awam Selangor Cawangan RawangGOMBAK
6Perpustakaan Awam Selangor Daerah GombakGOMBAK
7Perpustakaan Awam Selangor Pekan Pandan JayaHULU LANGAT
8Perpustakaan Awam Selangor Cawangan KajangHULU LANGAT
9Perpustakaan Awam Selangor Desa Lembah JayaHULU LANGAT
10Perpustakaan Awam Selangor Desa Batu 14HULU LANGAT
11Perpustakaan Awam Selangor Desa Taman MawarHULU LANGAT
12Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu LangatHULU LANGAT
13Perpustakaan Awam Selangor Beranang, Hulu LangatHULU LANGAT
14Perpustakaan Awam Selangor , Semenyih, Hulu LangatHULU LANGAT
15Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai SelisekHULU SELANGOR
16Perpustakaan Awam Selangor Pekan Hulu BernamHULU SELANGOR
17Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu SelangorHULU SELANGOR
18Perpustakaan Awam Selangor , Bukit Beruntung, Hulu SelangorHULU SELANGOR
19Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai Udang, KlangKLANG
20Perpustakaan Awam Selangor Bukit KaparKLANG
21Perpustakaan Awam Selangor, Sri Perantau, KlangKLANG
22Perpustakaan Awam Selangor, Cawangan Pelabuhan KlangKLANG
23Perpustakaan Awam Selangor Desa JenjaromKUALA LANGAT
24Perpustakaan Awam Selangor Desa SijangkangKUALA LANGAT
25Perpustakaan Awam Selangor Daerah Kuala LangatKUALA LANGAT
26Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg EndahKUALA LANGAT
27Perpustakaan Awam Selangor Sri Jugra, Kuala LangatKUALA LANGAT
28Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit MahangKUALA SELANGOR
29Perpustakaan Awam Selangor Desa Sg Gulang-GulangKUALA SELANGOR
30Perpustakaan Awam Selangor Desa IjokKUALA SELANGOR
31Perpustakaan Awam Selangor JeramKUALA SELANGOR
32Perpustakaan Awam Selangor Pekan Bestari JayaKUALA SELANGOR
33Perpustakaan Awam Selangor , Bukit Badong, Kuala SelangorKUALA SELANGOR
34Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit BaruSABAK BERNAM
35Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit 14SABAK BERNAM
36Perpustakaan Awam Selangor Desa Parit 8SABAK BERNAM
37Perpustakaan Awam Selangor Pekan SekinchanSABAK BERNAM
38Perpustakaan Awam Selangor Daerah Sabak BernamSABAK BERNAM
39Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg Binjai JayaSABAK BERNAM
40Perpustakaan Awam Selangor Desa Bagan TerapSABAK BERNAM
41Perpustakaan Awam Selangor Pekan Dataran SabakSABAK BERNAM
42Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg BantingSABAK BERNAM
43Perpustakaan Awam Selangor, Bagan Nakhoda Omar, Sabak BernamSABAK BERNAM
44Perpustakaan Awam Selangor, Taman Muhibbah, Sabak BernamSABAK BERNAM
45Perpustakaan Awam Selangor, Sungai Air Tawar, Sabak BernamSABAK BERNAM
46Perpustakaan Awam Selangor Pekan Sungai PelekSEPANG
47Perpustakaan Awam Selangor Desa Sungai MerabSEPANG
48Perpustakaan Awam Selangor Desa Jenderam HilirSEPANG
49Perpustakaan Awam Selangor Desa Kg Ahmad RazaliSEPANG
50Perpustakaan Awam Selangor , Bukit Bangkong, SepangSEPANG
ms_MYMY