Dari Sebuah Perpustakaan,
Tumbuh Sebuah Ekosistem Membaca.
Berakar umbi di Pustaka Raja Tun Uda, PPAS percaya bahawa perubahan besar bermula dengan sebuah buku. Bersama masyarakat, sekolah, keluarga, penulis dan rakan strategik, kami terus membina budaya membaca yang akhirnya membuka peluang membawa Hans Christian Andersen Awards ke Selangor bagi tempoh 2027β2036.
Pengiktirafan Tertinggi Dunia untuk Sastera Kanak-kanak
Selama sepuluh tahun, Malaysia menjadi rumah kepada komuniti sastera kanak-kanak dunia, menghimpunkan cerita, imaginasi dan generasi pembaca masa hadapan.
PPAS & Pustaka Raja Tun Uda
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) komited membina budaya literasi kanak-kanak sejak lebih 35 tahun. Hab utama kami ialah Pustaka Raja Tun Uda adalah ruang inspirasi yang bukan sekadar perpustakaan, tetapi pusat literasi, kreativiti, dan komuniti untuk semua lapisan masyarakat.
Dari Pustaka Raja Tun Uda, kami memacu program ke seluruh Selangor β menghubungkan perpustakaan daerah, sekolah, keluarga, dan komuniti dalam satu ekosistem membaca yang hidup.
Program Yang Kami Raikan
Kami merangkul sastera kanak-kanak melalui festival, bengkel, dan program kreatif β dari sesi bercerita hingga ke anugerah ilustrator muda. Setiap program direka untuk menanam cinta membaca dan memperkasa bakat muda.
Apa Yang Kami Tawarkan
Program Untuk Kanak-Kanak & Komuniti
Dari cuti sekolah yang menyeronokkan hinggalah ke bengkel profesional untuk penulis dan ilustrator muda β kami ada ruang untuk semua.
Lembaran Baharu
Dengan penuh rasa syukur, Selangor dipilih sebagai tuan rumah Hans Christian Andersen Awards 2027β2036. Bersama-sama, kita raikan satu langkah bermakna untuk masa depan sastera kanak-kanak di Malaysia.
Aktiviti Cuti Sekolah
Program meriah termasuk makerspace dan STREAM (Science, Technology, Reading, Engineering, Arts, Mathematics) β merangsang kreativiti dan minat membaca secara holistik.
Sesi Bercerita
Menghidupkan cerita melalui sesi interaktif yang menarik imaginasi kanak-kanak.
Pop Membaca
Kempen membaca yang menyeronokkan dan mudah diakses di seluruh komuniti.
Bengkel Ilustrasi
Memupuk bakat seni ilustrasi dalam kalangan belia dan kanak-kanak.
Bengkel Penulisan
Membimbing penulis muda untuk berkarya dan berkongsi cerita mereka.
Teater & Boneka
Persembahan yang mendidik dan menghiburkan untuk seluruh keluarga.
Outreach Sekolah
Membawa buku dan program literasi terus ke sekolah-sekolah.
Program Keluarga
Aktiviti membaca yang mengukuhkan ikatan kekeluargaan.
Galeri Kanak-Kanak
Ruang meneroka, belajar, dan mendapat inspirasi untuk kanak-kanak.
Memperkukuh Komuniti Membaca
Dipacu oleh hab utama kami di Pustaka Raja Tun Uda, kami memperluas jangkauan ke seluruh perpustakaan PPAS di 9 daerah melalui pelbagai aktiviti seperti Pop Membaca, aktiviti cuti sekolah (termasuk makerspace dan STREAM), dan penglibatan keluarga serta sekolah bagi membina komuniti pembaca yang aktif di seluruh Selangor.
Bab 4: Why.. Kenapa
Kenapa Semua Ini Penting
Kami percaya membaca bukan sekadar kemahiran, tetapi asas kepada imaginasi, empati, kreativiti dan pembelajaran sepanjang hayat.
Cinta Membaca
Setiap kanak-kanak berhak mendapat cerita.
Menanam cinta membaca sejak kecil.
Kreativiti
Di sinilah cerita bermula.
Memperkasa kreativiti melalui penulisan dan ilustrasi.
Komuniti
Bersama, kita membaca lebih jauh.
Membina komuniti pembaca yang aktif dan bersemangat.
Warga Global
Cerita tanpa sempadan.
Menghubungkan kanak-kanak Malaysia dengan dunia.
Menghubungkan Malaysia Dengan Dunia
Melalui kerjasama antarabangsa, keahlian IBBY, dan pertukaran budaya, kami membawa sastera kanak-kanak Malaysia ke peringkat global.
Setiap cerita bermula dengan seorang pembaca
Teruskan Ke Bab Seterusnya
Sama ada anda seorang ibu bapa, guru, penulis, ilustrator, sukarelawan atau pencinta buku β anda adalah sebahagian daripada ekosistem membaca yang sedang kita bina bersama.