Edutainment @ Pustaka Raja Tun Uda
Di Pustaka Raja Tun Uda juga terdapat perkhidmatan Edutainment di Aras GF dimana terdapat empat servis yang ditawarkan iaitu, Teater 3D, Virtual Realiti dan Live Sketchbook seperti di bawah.
Peraturan Penggunaan Perkhidmatan Teater 3D :
Pelanggan perlu memakai kacamata 3D Khas Sony sepanjang tayangan.
Pelanggan perlu menjaga kacamata 3D semasa penggunaan.
Denda RM400 atau gantian kacamata yang sama model akan dikenakan sekiranya kacamata tersebut pecah atau patah.
Pelanggan TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUK MAKANAN / MINUMAN ke dalam bilik tayangan.
- Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan cuti am. Bayaran adalah RM10.00 per individu.
- Waktu operasi bermula 10.30 pagi (sesi 1) dan 2.30 petang (sesi 2).
- Tiada cas yang dikenakan kepada ibu bapa.
FASILITI YANG DISEDIAKAN
- Lebih 30 jenis pilihan filem kanak-kanak.
- Mempunyai 5 bean bag
- Kaca mata 3D disediakan
**DITUTUP UNTUK SEMENTARA WAKTU KERANA MASIH DALAM PENYELENGGARAAN**
Aspek Keselamatan :
Pihak PPAS amat menekankan aspek keselamatan pelanggan. Pelanggan perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
Sihat tubuh badan
Mempunyai ketinggian melebihi 140cm
Mempunyai berat badan tidak melebihi 150kg
Tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol
Tidak mengalami tekanan darah yang abnormal
Tidak menghidap penyakit jantung
Tidak mengalami sakit leher atau tulang belakang
Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan dan ke bawah
Tidak mengandung
Tidak merokok
Tidak mengambil gambar di dalam teater
Tidak membuat rakaman video di dalam teater
Tidak membawa makanan atau minuman
Meskipun Teater 6D kebiasaannya hanya terdapat di taman tema hiburan di serata dunia, namun PPAS mengambil langkah berani untuk memperkenalkan medium hiburan ini ke dalam sebuah perpustakaan! Tujuan utamanya adalah untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja yang belum pernah datang ke perpustakaan untuk mengunjungi perpustakaan dan akhirnya diharap dapat memupuk minat membaca yang mendalam, setelah meneroka setiap tingkat perpustakaan yang berkonsepkan ‘Rumah Keduaku’. Ia juga merupakan sebahagian daripada perlaksanaan konsep edutainment di perpustakaan.
- Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan cuti am. Bayaran adalah RM10.00 per individu.
- Pelanggan digalakkan untuk menjerit jika terkejut atau rasa gayat. Menjerit membantu mengurangkan rasa pening ataupun loya.
VIRTUAL REALITY
Virtual Reality (VR) merujuk kepada teknologi komputer yang menggunakan perisian untuk menghasilkan imej yang realistik, bunyi dan sensasi lain yang meniru persekitaran yang sebenar dan simulasi kehadiran fizikal pengguna dalam persekitaran ini. VR telah ditakrifkan sebagai “simulasi realistik dan mendalam persekitaran tiga dimensi, yang dibuat menggunakan perisian interaktif dan perkakasan.
Bayaran | 15 Minit / sesiRM10.00 / Seorang |
Tempat | 1. Ruang Santai2. Bilik Life Sketch Book |
- Dibuka setiap sabtu & ahad
- Waktu operasi bermula 10.30 pagi (sesi 1) dan 2.30 petang (sesi 2).
Fasiliti yang disediakan
- Mempunyai lebih 5 jenis permainan video
- Mempunyai 2 device VR
LIFE SKETCHBOOK

Bayaran | 15 Minit / Per SesiRM7.00 / Seorang |
Tempat | Bilik Life Sketch Book |