Edutainment

Edutainment @ Pustaka Raja Tun Uda
Di Pustaka Raja Tun Uda juga terdapat perkhidmatan Edutainment di Aras GF dimana terdapat empat servis yang ditawarkan iaitu, Teater 3D, Teater XD atau 6D, Virtual Realiti dan Live Sketchbook seperti di bawah.
TEATER 3D
TEATER XD / 6D
VIRTUAL REALITY
LIFE SKETCHBOOK

Teater 3D Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam terletak di aras G, bersebelahan bilik Teater XD / 6D. Teater ini telah mula dibuka pada Rabu, 28 Disember 2011. Pelanggan boleh menonton filem animasi 3D terpilih dan berkualiti dengan gema suara yang kuat serta efek gambar 3D yang nyata, menggunakan teknologi 3D Bluray Home Theater. Dekorasi bilik teater ini bersifat santai dan boleh menempatkan lebih 20 orang pelanggan pada satu-satu masa tayangan.

Peraturan Penggunaan Perkhidmatan Teater 3D :

 
  • >> Pelanggan perlu memakai kacamata 3D Khas Sony sepanjang tayangan.

  • >> Pelanggan perlu menjaga kacamata 3D semasa penggunaan.

  • >> Denda RM400 atau gantian kacamata yang sama model akan dikenakan sekiranya kacamata tersebut pecah atau patah.

  • >> Pelanggan TIDAK DIBENARKAN MEMBAWA MASUK MAKANAN / MINUMAN ke dalam bilik tayangan.
 
* Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan cuti am. Bayaran adalah RM7.00 per individu.

* Waktu operasi bermula 10.30 pagi (sesi 1) dan 2.30 petang (sesi 2).

Aspek Keselamatan :

 
Pihak PPAS amat menekankan aspek keselamatan pelanggan. Pelanggan perlu memenuhi syarat-syarat berikut :
  1. *  Sihat tubuh badan
  1. *  Mempunyai ketinggian melebihi 140cm
  1. *  Mempunyai berat badan tidak melebihi 150kg
  1. *  Tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol
  1. *  Tidak mengalami tekanan darah yang abnormal
  1. *  Tidak menghidap penyakit jantung
  1. *  Tidak mengalami sakit leher atau tulang belakang
  1. *  Tidak menjalani pembedahan dalam tempoh 6 bulan dan ke bawah
  1. *  Tidak mengandung
  1. *  Tidak merokok
  1. *  Tidak mengambil gambar di dalam teater
  1. *  Tidak membuat rakaman video di dalam teater
  1. *  Tidak membawa makanan atau minuman

Teater XD atau juga dikenali sebagai Teater 6D merupakan teater simulasi pengembaraan yang mencabar dan menghiburkan. Ia menggabungkan teknologi 6D motion ride iaitu gabungan kesan khas pencahayaan, gegaran kerusi yang sangat laju, kesan angin serta bunyi yang kuat dan visual 3D yang canggih. Bilik teater ini mempunyai 8 unit kerusi khas dan setiap hari pengunjung akan dihidangkan salah satu daripada 4 tayangan filem singkat mengikut jadual yang ditetapkan. 4 buah filem tersebut ialah Canyon Coaster, Cosmic Coaster, Ravine Racer dan Haunted Mine.

John Doe
Meskipun Teater 6D kebiasaannya hanya terdapat di taman tema hiburan di serata dunia, namun PPAS mengambil langkah berani untuk memperkenalkan medium hiburan ini ke dalam sebuah perpustakaan! Tujuan utamanya adalah untuk menarik minat masyarakat khususnya golongan remaja yang belum pernah datang ke perpustakaan untuk mengunjungi perpustakaan dan akhirnya diharap dapat memupuk minat membaca yang mendalam, setelah meneroka setiap tingkat perpustakaan yang berkonsepkan ‘Rumah Keduaku’. Ia juga merupakan sebahagian daripada perlaksanaan konsep edutainment di perpustakaan.
 
*  Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan cuti am. Bayaran adalah RM10.00 per individu.

*  Pelanggan digalakkan untuk menjerit jika terkejut atau rasa gayat. Menjerit membantu mengurangkan rasa pening ataupun loya.

VIRTUAL REALITY

Virtual Reality  (VR) merujuk kepada teknologi komputer yang menggunakan perisian untuk menghasilkan imej yang realistik, bunyi dan sensasi lain yang meniru persekitaran yang sebenar dan simulasi kehadiran fizikal pengguna dalam persekitaran ini. VR telah ditakrifkan sebagai “simulasi realistik dan mendalam persekitaran tiga dimensi, yang dibuat menggunakan perisian interaktif dan perkakasan.

HTC Vive adalah alat berkapasiti tinggi yang dibangunkan oleh HTC dan Valve Corporation . Set kepala direka untuk menggunakan "skala bilik" teknologi untuk menjadikan sebuah bilik ke dalam ruang 3D melalui sensor, dengan dunia maya membolehkan pengguna untuk mengemudi secara semula jadi, dengan keupayaan untuk berjalan-jalan dan menggunakan gerakan dikesan pengawal pegang tangan untuk jelas memanipulasi objek, berinteraksi dengan ketepatan, berkomunikasi dan mengalami persekitaran mengasyikkan

John Doe
Bayaran
10 Minit / Per Sesi
RM10.00 / Seorang
Tempat
1. Ruangan Menunggu XD / 3D
2. Bilik Life Sketch Book
 
*  Dibuka setiap hari kecuali cuti umum dan cuti am. 
*  Waktu operasi bermula 10.30 pagi (sesi 1) dan 2.30 petang (sesi 2).

LIFE SKETCHBOOK

Adalah aktiviti mewarna kanak-kanak secara interaktif yang menggunakan komputer skrin sesentuh, Paparan mewarna tersebut dipaparkan secara ‘life’ di layer projektor. Terdapat 2 tema iaitu hutan (forest) dan lautan (ocean).

John Doe

 

Bayaran
15 Minit / Per Sesi
RM10.00 / Seorang
Tempat
 Bilik Life Sketch Book
ms_MYMY