Penularan pandemik Covid-19 bukan sahaja memberi kesan kepada ekonomi di peringkat macro dan global, malah turut dirasai diperingkat mikro serta individu. Kawalan pergerakan melalui PKP turut menyebabkan sesetengah golongan pekerja hilang pendapatan, aktiviti perniagaan terbantut serta memberi kesan kepada pendapatan syarikat serta individu, akhirnya mengakibatkan banyak pejabat terpaksa ditutup.
Menyedari situasi ini, PPAS menggunakan ruang dan fasiliti sedia ada untuk mewujudkan Marketplace@RTU bagi membantu mengurangkan impak yang sedang dihadapi oleh masyarakat.