g Pinjaman Desktop/Laptop – Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Pinjaman Desktop/Laptop

  • Home
  • Pinjaman Desktop/Laptop

Pengenalan

Keperluan terhadap desktop dan laptop semakin tinggi disebabkan oleh kaedah pembelajaran yang berubah sejak pandemik melanda. PPAS akan memberikan pinjaman desktop dan laptop secara PERCUMA kepada warga Selangor terutama kepada mereka yang amat memerlukan (keutamaan diberikan kepada golongan B40) di perpustakaan-perpustakaan terpilih di bawah kelolaan PPAS. Proses dan konsep pinjaman adalah sama dengan proses pinjaman buku, namun tempoh pinjaman adalah lebih lama.

Desktop dan laptop yang dipinjamkan dilengkapi dengan pembesar suara, WIFI, webcam, perisian Mcirosoft Office dan semua peralatan yang diperlukan untuk pembelajaran secara online. Selain pembelajaran peranti-peranti ini juga boleh digunakan oleh seisi keluarga bagi tujuan menjana pendapatan secara online.

Program pinjaman Desktop dan Laptop ini akan dilaksanakan di 50 buah Perpustakaan Awam Selangor dan setiap perpustakaan akan mempunyai 10 desktop dan 10 laptop untuk dipinjamkan kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, program pinjaman ini akan bermula secara berperingkat dan fasa pertama akan dilaksanakan pada bulan Oktober 2022 di 10 perpustakaan terpilih (sila rujuk senarai fasa pertama di bawah ini). Manakala, fasa berikutnya akan dimaklumkan kelak sebaik sahaja mendapat stok bekalan desktop / laptop yang cukup dari pihak pembekal.

Bagi anda yang berminat untuk memohon pinjaman desktop / laptop ini, sila isi borang Pra Pendaftaran di pautan bawah ini untuk kami rekod maklum-balas penyertaan.

Borang Pra Pendaftaran Permohonan Pinjaman Desktop/Laptop

Fasa 1: Senarai 10 Perpustakaan Yang Dipilih

Bil Perpustakaan Daerah
1.
Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam
Petaling
2.
Perpustakaan Awam Selangor @PJKita Community Library
Petaling
3.
Perpustakaan Awam Selangor Pekan, Pandan Jaya
Hulu Langat
4.
Perpustakaan Awam Selangor Daerah Kuala Langat
Kuala Langat
5.
Perpustakaan Awam Selangor Pekan Bestari Jaya
Kuala Selangor
6.
Perpustakaan Awam Selangor Daerah Gombak
Gombak
7.
Perpustakaan Awam Selangor Daerah Hulu Selangor
Hulu Selangor
8.
Perpustakaan Awam Selangor Pekan Dataran Sabak
Sabak Bernam
9.
Perpustakaan Awam Selangor , Bukit Bangkong, Sepang
Sepang
10.
Perpustakaan Awam Selangor, Sri Perantau, Klang
Klang
ms_MYMY