KETAM BERHIAS

Price range: RM25.00 through RM65.00

Promosi Penghantaran Percuma – Buku Ketam Berhias

Nikmati promosi penghantaran percuma bagi pembelian buku Ketam Berhias! Sepanjang tempoh promosi sehingga notis selanjutnya, kos penghantaran ditanggung sepenuhnya oleh PPAS.

Cara menikmati promosi:

  1. Pilih buku Ketam Berhias dan teruskan ke halaman pembayaran.
  2. Masukkan kod kupon berikut pada ruangan kod promosi:

    KETAMBERHIAS-PENGHANTARANPERCUMA

  3. Gunakan kod kupon tersebut untuk menikmati penghantaran percuma bagi pembelian buku Ketam Berhias.

Untuk pengambilan sendiri (self-collect):

Pelanggan yang ingin mengambil sendiri buku yang dibeli diminta menghubungi Puan Anizon dari Unit Penerbitan di talian 03-5519 7667 atau melalui e-mel anizon.ppas@gmail.com untuk menetapkan tarikh pengambilan.

SKU: N/A Category:

Description

SINOPSIS

Karya dan ilustrasi Nor Azhar Ishak

Di dasar laut, seekor ketam kecil mempunyai keistimewaan luar biass, pelbagai benda boleh melekat pada bulu-bulu halus di badannya!

Namun, keunikannya sering menjadi bahan ejekan sehingga dia lebih suka menyendiri.

Apabila Penyu tersalah menelan plastik dan Yu Paus terbelit tali, Ketam Berhias segera membantu. Melihat sampah semakin mengancam kehidupan laut, dia mula mengutipnya dan membawanya ke pantai. Sedikit demi sedikit, usahanya menarik perhatian sahabat-sahabat lain.

Namun, ketika mereka bertungkus-lumus membersihkan laut, ombak besar menghanyutkan semula sampah yang telah dikumpulkan. Mereka keletihan dan hampir berputus asa. Tiba-tiba, kelibat sekumpulan haiwan besar muncul menghampiri mereka…

Siapakah yang datang? Mampukah seekor ketam kecil membawa perubahan besar kepada dunia lautnya?

Additional information

Weight 0.3 kg
Dimensions 1 × 21 × 29.7 cm
Set Naskhah

1 Naskhah: RM25, 2 Naskhah: RM45, 3 Naskhah: RM65