Sudut Maya EKSA

eksa

Sudut Maya EKSA

pengarah

Kata Alu-Aluan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Illahi, dengan izin dan limpah kurniaannya, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) telah berjaya menyediakan Buku Garis Panduan Pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.

Syabas dan tahniah kepada semua warga PPAS yang terlibat didalam penghasilan buku ini. Sebagaimana yang kita maklum, EKSA bertujuan untuk mewujudkankan persekitaran tempat kerja yang berkualiti, berimej korporat dan berbudayakan amalan hijau.  Amalan ini relevan kepada jabatan atau agensi sektor awam, seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi disamping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan.

Diharap buku panduan ini dapat dimanfaatkan oleh warga kerja PPAS khususnya di Pustaka Raja Tun Uda bagi menjayakan usaha untuk memantapkan lagi pengurusan persekitaran pejabat yang membolehkan semua warga kerja  dapat bekerja dalam persekitaran tempat kerja yang sistematik dan selesa. Sesungguhnya, usaha ini perlulah dilaksanakan secara berterusan.

Akhir kata, saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengajak seluruh warga kerja PPAS untuk membudayakan amalan EKSA agar sentiasa berada dalam persekitaran kerja yang kondusif.

Sekian, terima kasih.

YBhg. Datin Paduka Mastura Hj. Muhamad,  D.S.I.S
Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

Pengumuman

Sudut Informasi EKSA

“Semua warga Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) komited mengamalkan kerja secara berpasukan dan menerima pakai amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif, meningkatkan produktiviti dan memenuhi kepuasan pelanggan.”

Visi

“Membudayakan amalan EKSA bagi mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif untuk menghasilkan penyampaian perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan”

Misi

“Menyemarakkan budaya kreativiti dan inovasi warga PPAS melalui amalan berhemah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan positif ke arah penyampaian perkhidmatan yang cemerlang.”

Objektif

  1. Meningkatkan imej Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
  2. Mewujudkan persekitaran kerja yang bersih, selesa, sistematik, teratur dan kondusif.
  3. Meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
  4. Meningkatkan kualiti kerja dan penyampaian perkhidmatan yang memenuhi kepuasan pelanggan.
  5. Mewujudkan budaya kerja yang ceria dan efektif.

eksa
  • Pelaksanaan EKSA mempunyai matlamat yang sama untuk mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti, sistematik dan praktikal

  • Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang berkesan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan, menjimatkan kos dan memudahkan proses kerja.

  • EKSA berupaya memperkukuhkan Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan Standard MS ISO 9000, dalam memenuhi keperluan klausa Pengurusan Sumber berkaitan Persekitaran Kerja.

  • EKSA yang cekap, berkesan dan konsisten akan memberi nilai tambah kepada imej korporat

eksa
eksa

eksa

Keterangan

LOGO PPAS : Makluman bahawa  logo EKSA ini adalah hak milik PPAS 

PERKATAAN EKSA : Ringkasan kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam

WARNA HIJAU : Melambangkan kecintaan kepada alam sekitar dan sokongan kepada amalan ‘GO GREEN’

WARNA BIRU : Amalan EKSA membawa ketenangan dan  menyatukan warga PPAS dan masyarakat

WARNA MERAH : Semangat membara  untuk menjaga persekitaran PPAS

WARNA KUNING : EKSA membawa keceriaan  kepada persekitaran PPAS

WARNA UNGU : EKSA memberikan kedamaian

Carta Organisasi Pelaksana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) 2024 – 2025 Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor

eksa

Zon

Enhance user experience with Advanced Tabs, allowing seamless content navigation. Organize information efficiently while keeping the interface clean and interactive. Perfect for FAQs, product details, or multi-section content.

Enhance user experience with Advanced Tabs, allowing seamless content navigation. Organize information efficiently while keeping the interface clean and interactive. Perfect for FAQs, product details, or multi-section content.

Enhance user experience with Advanced Tabs, allowing seamless content navigation. Organize information efficiently while keeping the interface clean and interactive. Perfect for FAQs, product details, or multi-section content.

ms_MYMY
Multi-Lang
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR