Ketua Pegawai Maklumat

PPAS
ENCIK NORAZHAN BIN SAHLAN

Ketua Pegawai Maklumat (CIO)

Ketua Pegawai Maklumat

   

Dimaklumkan bahawa permohonan mendapatkan maklumat dari PPAS (selain daripada maklumat umum yang boleh didapati dari Kaunter Pendaftaran, Kaunter Peminjaman/Pemulangan, dan Kaunter Rujukan) adalah tertakluk kepada Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor 2011.
Sehubungan itu, mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat, perlu melalui prosedur permohonan seperti berikut :
  1. 1. Mengisi dan melengkapkan Borang A [PERATURAN 3]
  2. 2. Mengemukakan Borang A, Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi kepada jabatan dan membuat pembayaran fi permohonan dan fi pemprosesan sebanyak RM 12.00 (tidak akan dikembalikan sama ada permohonan diterima ataupun ditolak).
  3. 3. Pegawai Maklumat Jabatan akan memproses permohonan yang dikemukakan dan akan memberikan maklum balas kepada permohonan dalam tempoh masa 30 hari dari tarikh akuan penerimaan permohonan bagi permohonan biasa atau dalam tempoh masa tujuh (7) hari dari  tarikh akuan penerimaan permohonan sekiranya permohonan itu melibatkan nyawa atau kebebasan individu.
Setelah prosedur di atas dipenuhi, barulah individu atau organisasi akan dirujuk kepada pegawai yang akan ditemuramah.
Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan Ketua Pegawai Maklumat PPAS.
ms_MYMY