PINJAMAN DESKTOP & LAPTOP PERCUMA @ PPAS

  • Home
  • PINJAMAN DESKTOP & LAPTOP PERCUMA @ PPAS
PINJAMAN DESKTOP & LAPTOP PERCUMA @ PPAS

Berita baik untuk warga Selangor! Program pinjaman Desktop dan Laptop akan dilaksanakan di 50 buah Perpustakaan Awam Selangor terpilih dan setiap perpustakaan akan mempunyai 10 desktop dan 10 laptop untuk dipinjamkan kepada masyarakat.

Walaubagaimanapun, program pinjaman ini akan bermula secara berperingkat dan fasa pertama akan dilaksanakan pada bulan September 2022 di 10 perpustakaan terpilih (sila klik di sini untuk maklumat lanjut bagi senarai fasa pertama). Manakala, fasa berikutnya akan dimaklumkan kelak sebaik sahaja mendapat stok bekalan desktop / laptop yang cukup dari pihak pembekal.

Bagi anda yang berminat untuk memohon pinjaman desktop / laptop ini, sila isi borang Pra Pendaftaran di pautan bawah ini untuk kami rekod maklum-balas penyertaan.

Borang Pra Pendaftaran Permohonan Pinjaman Desktop/Laptop

ms_MYMY