Description
Sebuah buku yang disampaikan dalam bentuk komik. Buku ini dihasilkan oleh pelukis komid, Zid atau nama penuh Mohamad Yazid Kamal Baharin. Buku ini mengisahkan perjuangan seorang bapa yang bekerja dari rumah membesarkan dua anak perempuan. Anak keduanya disahkan menghidap penyakit Sindrom Smith- Magenis yang jarang ditemui.
Kisah ini penuh dengan emosi dan pengakuan jujur seorang bapa dalam perjuangannya membesar dan menjaga anak istimewa. Bagaimana dia dan isterinya melalui setiap saat yang mencabar dalam melayani setiap karenah anak istimewanya. Buku ini juga memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai cara menguruskan anak Istimewa.